hidup aku..
surat untuk bulan
nasib diriku si pungguk
berharap dirimu jatuh ke riba
walau tak mungkin kan berlaku
sekadar mencipta harapan palsu
nasib diriku si pungguk
merintih merayu
agar malam tak segera berlalu
membiarkan aku terus melepas rindu
suratku untukmu bulan
kembalilah padaku
biarku dakap dirimu
dalam pelukan erat rindu
biar bintang rasa cemburu
biar awan jadi kelabu
hanya dirimu yang kudamba
dirimu si bulan purnama
mencari senyuman
ku hadir
dalam taman pasir
zahirnya taman peperangan
yang kelihatan
tubuh-tubuh kaku bergelimpangan
wajah-wajah lesu
mencari tempat perlindungan
si yatim piatu hilang arah tujuan
hanya kaki memaksa langkah
yang tidak berarah
beribu-ribu bintang menjadi korban
kerana sang bulan
tiada lagi harga sebuah kematian
gagal jua
mencari sebuah senyuman…
derita sang hati
rasanya tak ternilai
untuk setiap air mata yang aku gugurkan
untuk setiap kata yang aku maksudkan
untuk setiap rindu yang aku pendamkan
untuk setia sakit yang aku tahankan
untuk setiap derita yang aku simpankan
untuk setiap senyum dalam kepuraan
Tuhanku
tak tertanggung siksa kualami
jiwaku meronta mohon simpati
Tuhanku
ku mohon kekuatan dariMU
jangan kuterus disiksa begini
pencarian
aku berlari
sejauh langit dan bumi
mencari sekeping hati yang dicuri
aku mencari
di balik mentari
dan celahan bintang
di hutan kelam
dan dasar lautan
hingga aku lelah sendiri
aku mencari hatiku yang dibawa lari
kemana pergi
aku tak pasti..
October 9th, 2008 at 11.18 p10
segala ape pun bnda yg brtulis di page “hidup aku” adalah hdup aku..
aku mula hdup dgn bnda ni sume sjak aku form 2..
prtama kali aku mnghidangkan bnda2 ni sume pd org lain..
hmm..xla bgus mana pun skdar yg akal dan jiwa aku mmpu utk mnjangkau..
sgala krtikan amat dhargai..
juz nak gtau..hak milik terpelihara FADYOON…
TQ =D